Objektif Pembelajaran Bab 5: Rancangan Perniagaan & BMC Menjelaskan dan memahami komponen Business Model Canvas (BMC). Menjelaskan dan memahami jenis Rancangan Perniagaan (RP). Menjelaskan komponen Rancangan Perniagaan. Menerangkan siapa yang perlu dan yang memerlukan Rancangan Perniagaan. Menerangkan kepentingan Rancangan Perniagaan. Menyediakan BMC dan Rancangan Perniagaan yang efektif. 1.1 Pengenalan Rancangan Perniagaan (RP) RP sebagai alat: Untuk mengorganisasikan matlamat usahawan dalam format yang jelas. RP menjelaskan: Cara perniagaan beroperasi dalam pasaran dan industri. RP sebagai proses: Mengembangkan idea perniagaan menjadi aktiviti menguntungkan. RP diperlukan: Untuk pembiayaan dan dana tambahan (meyakinkan pelabur, pemodal teroka, pemiutang). 4 Proses menyeluruh dalam RP (Baringer, 2015): Kenalpasti idea perniagaan Menyaring idea perniagaan Analisis secara komprehensif Proses menyediakan RP Isu-isu yang dijurus oleh Proses RP: Mengenal pasti dan menilai langkah memulakan perniagaan baru. Menganalisis perniagaan berpotensi (kekuatan, kelemahan, masalah, cabaran). Mendokumen dan menjustifikasi idea perniagaan berpotensi. Menguruskan idea perniagaan dalam format tersusun dan logik untuk penilaian kejayaan oleh pelabur, bank, rakan kongsi. 6.2 Definisi Rancangan Perniagaan (RP) Dokumen bertulis yang disediakan secara berstruktur dan bersistematik untuk: Perniagaan atau projek. Kajian dan analisis projek. Ramalan/unjuran/anggaran belanjawan serta strategi pelaksanaan. Melalui RP, Business Model Canvas (BMC) telah diperkenalkan. Fungsi Rancangan Perniagaan (RP) Garis panduan: Kepada pihak pengurusan syarikat untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan mencapai matlamat. Alat penilaian: Kepada pengurusan syarikat untuk menilai kekukuhan syarikat, daya saing, dan pertumbuhan berterusan. Alat sokongan kewangan: Untuk mendapatkan modal luar bagi membiayai permulaan atau pertumbuhan perniagaan. Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan? Pihak Dalaman Syarikat: Usahawan, pihak pengurusan syarikat, dan pekerja yang terlibat. Pihak Luaran Syarikat: Institusi Kewangan, Pelabur, Pembekal, Rakan Kongsi, dll. Siapa yang Patut Menulis Rancangan Perniagaan? Bergantung kepada sebab dan tujuan (Barringer, 2015; Hisrich & Peters, 2002; Pinson, 2008). Sebab dalaman: Pengasas syarikat. Sebab luaran: Pengurusan syarikat untuk menyampaikan kelebihan perniagaan baru kepada pihak luar (Pelabur Prospek, Pemecut Perniagaan dan Inkubator, Pembekal, Rakan Kongsi berpotensi). Individu yang sepatutnya menulis RP: Usahawan perniagaan baru. Usahawan perniagaan baru yang mencari pembiayaan luar. Usahawan sedia ada yang mencari pembiayaan untuk perkembangan perniagaan. Usahawan lain yang ingin menambahkan kejayaan perniagaan. Jenis-jenis Rancangan Perniagaan RP untuk sektor peruncitan RP untuk sektor perkilangan RP untuk sektor pertanian RP untuk sektor servis Kepentingan Rancangan Perniagaan Garis panduan kepada usahawan atau perniagaan dalam memastikan kejayaan. Alat untuk mendapatkan modal dari pihak luar. Memaksa pengasas memikirkan kaedah sistematik dalam perancangan syarikat. Memperkenalkan perniagaan kepada pihak pelabur luar. Menjimatkan masa dan kos dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman perniagaan. Komponen Rancangan Perniagaan Muka Hadapan Isi Kandungan Ringkasan Eksekutif Pengenalan Visi, Misi dan Objektif Latarbelakang Syarikat dan Pemilik Deskripsi Produk/Servis Rancangan Pemasaran Rancangan Pentadbiran Rancangan Pengeluaran/Operasi Rancangan Kewangan Rumusan Lampiran/Apendiks Setiap komponen dan penerangannya boleh dirujuk buku rujukan utama. Penerangan Ringkas Komponen RP: Muka Hadapan: Maklumat ringkas perniagaan (nama, logo, alamat, nombor telefon, faks, emel, Facebook). Menarik dan kemas. Isi Kandungan: Ringkasan dokumen dengan topik, nombor halaman, seksyen, dan sub-seksyen utama. Jelas dan mudah. Ringkasan Eksekutif: Tidak melebihi satu mukasurat. Pengenalan syarikat, perniagaan, tujuan RP. Paling penting untuk menarik minat pembaca melalui keunikan produk/perniagaan. Pengenalan: Huraian ringkas bidang usaha niaga, kedudukan semasa, potensi, dan justifikasi pemilihan. Visi, Misi & Objektif: Visi: Matlamat Jangka Panjang. Misi: Strategi mencapai Visi. Objektif: Objektif khusus penubuhan syarikat. Latarbelakang Perniagaan: Maklumat syarikat serta pemilik/rakan kongsi. Deskripsi Produk & Servis: Penting untuk pemegang taruh menilai sama ada produk, sistem, dan strategi pemasaran berdaya maju. Rancangan Pentadbiran: Carta organisasi, nama, tugas, kelayakan pekerja/kakitangan, perancangan pengurusan pentadbiran (termasuk bayaran gaji). Rancangan Operasi: Operasi pengeluaran (spesifikasi produk), mutu/jenis perkhidmatan, proses pengeluaran (carta aliran, bahan mentah, kuantiti, kos, jadual, keupayaan). Jika peruncitan/pembekalan, proses pembekalan. Jika perkhidmatan, cara perkhidmatan diberikan. Rancangan Kewangan: Bahagian penting untuk pemegang taruh menilai daya maju, potensi keuntungan, dan kelangsungan syarikat. Rumusan: Keterangan/kenyataan/rumusan yang meyakinkan bahawa projek mempunyai potensi kejayaan yang baik atau berdaya maju (viable) dan boleh diwujudkan atau ditambah baik. Appendiks: Maklumat tambahan yang menyokong kertas kerja. Pengenalan kepada Business Model Canvas (BMC) Satu model perniagaan sistematik yang mengandungi 9 elemen/kuadran. 9 Elemen/Kuadran BMC: Segmen pelanggan Tawaran nilai Saluran Perhubungan pelanggan Aliran pendapatan Sumber utama Aktiviti utama Rakan utama Struktur kos Penerangan Elemen-Elemen BMC: Segmen Pelanggan: Fokus utama perniagaan. Pasaran "niche" adalah segmentasi pelanggan berdasarkan keperluan khusus. Soalan: Siapa segmen pelanggan anda? Siapa membeli produk anda? Tawaran Nilai: Janji nilai yang disampaikan kepada pelanggan. Faedah yang diperoleh pelanggan. Soalan: Mengapa pelanggan membeli produk anda? Apakah masalah pelanggan yang dapat diselesaikan? Apakah maklum balas pelanggan tentang produk anda? Saluran: Cara berkesan menyebarkan tawaran nilai syarikat (cepat, cekap, jimat kos). Soalan: Bagaimana pelanggan tahu kewujudan perniagaan anda? Bagaimana pelanggan tahu tempat jualan anda? Apakah cara dan kaedah mendekati pelanggan? Perhubungan Pelanggan: Langkah penting dalam hubungan pelanggan: Bagaimana perniagaan akan mendapatkan pelanggan baru? Bagaimana perniagaan akan memastikan pelanggan membeli atau menggunakan perkhidmatannya? Bagaimana perniagaan akan meningkatkan pendapatannya dari pelanggannya sekarang? Bagaimana memastikan pelanggan kekal dan terus membeli? Aliran Pendapatan: Memperjelaskan tahap keuntungan perniagaan. Membantu usahawan mengira keuntungan. Soalan: Apakah aliran pendapatan perniagaan usahawan? Bagaimanakah usahawan menjana pendapatan perniagaan? Sumber Utama: Aset syarikat yang diperlukan untuk menyokong perniagaan. Sumber: Sumber manusia, kewangan, premis, skil, peralatan, mesin, harta intelek. Aktiviti Utama: Aktiviti terpenting dalam melaksanakan cadangan nilai syarikat. Contoh: Proses pengeluaran, pengedaran, penambahbaikan operasi. Rakan Utama: Pihak yang terlibat dalam menggerakkan aktiviti perniagaan. Penting untuk mengoptimumkan operasi dan mengurangkan risiko. Struktur Kos: Kos pra permulaan (pengangkutan, konsultansi, penyediaan kertas projek). Kos memulakan perniagaan (pembelian aset, premis, peralatan, ubahsuai). Kos menjalankan perniagaan (kos berubah-ubah: utiliti, gaji; kos tetap: sewa, faedah pinjaman). Kos pembelian bahan mentah untuk produktiviti. Contoh BMC (SISWA CENDOL ENTERPRISE) Rakan Utama Aktiviti Utama Tawaran Nilai Perhubungan Pelanggan Segmen Pelanggan UUM Team Promosi Premium Ingriedient Delicious & Affordable Price Malaysian's Taste Convenience & Fast Delivery Easy Payment Event & Celebration Kad loyalty, Member card Combo buy, Customer Friendly Whatsapp Poster E-mel agent Students Lecturer Suppliers Restock Channels: Saluran Industry Advisor Preparation Academic Mentors Selling Key Resources: Sumber Utama Raw materials Equipment Workers etc Struktur Kos Aliran Pendapatan Salary Allowances Raw materials Utility Rental Sales-Cendol Commission Kesimpulan Kepentingan RP kepada usahawan (baru mula atau ingin kembangkan perniagaan). Usahawan perlu tahu cara menulis RP dengan baik dan berkesan. BMC merupakan model perniagaan sistematik yang mengandungi 9 komponen. Contoh berkaitan RP Siswa boleh dirujuk melalui Buku Teks utama.